Thursday, November 12, 2009

MUNGKIN

Life isn't what we aim for, but life is about how we faced all the things that gives by God.

Kalau kau rasa kau hebat sebab semua orang respect kau atau kau rasa kau orang paling malang yang hidup kat dunia ni, mungkin kau salah. Mungkin satu hari nanti kau akan rasa ada orang lain yang hidup lagi susah daripada kau. Mungkin satu hari nanti kau rasa bersyukur dengan apa yang kau dah pernah lalui tu tak seteruk orang lain.

Kalau sekarang kau rasa teruk sebab kau orang paling bodoh dalam kelas atau kau orang yang paling banyak masalah pelajaran dalam kelas. Mungkin nanti kau akan jadi orang yang paling berjaya di antara yang lain dalam kelas tu. Walaupun apa yang kita lalui sekarang mungkin terlampau sukar atau payah dalam hidup, jangan lupa bahawa kita akan lalui masalah yang lebih besar pada hari akan datang.

Kita tak kan tahu apa yang akan jadi kelak. So, preparations tu penting. Dari segi ape2 pun. Jangan nanti dah takde tempat nak bergantung baru sibuk nak cari orang mintak tolong.

Ape2 pun yang kau fikir, mungkin tak sama dengan tujuan atau hikmah kau dapat ape yang kau dapat sekarang. Mungkin kau tak fikir dengan cara yang betul. Mungkin juga ada anasir luar yang menjadikan kau fikir benda yang tak betul.

Tuhan lagi penting dari segalanya. Kalau kau takde salah satu daripada apa yang kau nak, jangan salahkan Tuhan. Salahkan diri sendiri yang tak tahu nak menghargai dan jaga ape yang kau dah ada. Mungkin ini sebagai tebusan dosa2 yang kau pernah buat dulu. Mungkin kau rasa ape yang kau buat tak salah, atau kau tak tahu dosa tu ape. Kau tak percaya pada karma. Kau tak percaya pada Hari Pembalasan yang dah dijanjikan Tuhan. Kau lupa berapa banyak salah yang kau dah buat. Kau tak tahu betapa banyak dosa yang kau dah lakukan.

Kau kata kau tak kesah bila orang sekeliling menyumpah kau sebab perangai kau macam bangsat. Tapi tengok lah ape jadi sekarang. Kau kata kau tak kesah ape perasaan orang bila kau buat jahat pada diorang. Tengok lah ape yang orang buat pada kau sekarang. Ni semua pasal karma dan pembalasan.

Mungkin kau tak perasan lagi. Mungkin kau tak rasa lagi ape yang sepatutnya kau rasa. Mungkin kau buat2 tak rasa walaupun kau dah rasa ape yang sepatutnya.

Kemingkinan besar KAU akan rasa ape yang perlu kau rasa dalam masa terdekat ni. Semoga kau hidup bahagia dengan ape yang kau usaha selama ni.


0 comments:

Post a Comment